Wednesday, March 11, 2009

PROJEK KOMUNITI


KRAFTANGAN- BAKUL TELUR DAN PASU BUNGA

Kraftangan ini merupakan salah satu produk komuniti. Ianya di usahakan oleh Puan Fauziah bersama ahli keluarganya. Keistimewaan bakul telur dan pasu bunga ini ialah ianya di perbuat daripada surat khabar. Boleh di katakan juga, sebagai bahan kitar semula. Puan Fauziah hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli cat dan gam. Di anggarkan lebih kurang Rm 50.00 itu pun dapat menghasilkan 500 biji bakul telur. Harga untuk bakul telur dan pasu bunga mengikut saiz dan jenisnya.
Peranan PPIK
di sini adalah memperkenalkan produk beliau kepada masyarakat. Setelah di promosikan produk tersebut,beliau telah menerima tempahan sebanyak 1100 biji bakul telur. Tempahan yang di terima adalah dari komuniti setempat. Biasanya tempahan ini akan di gunakan pada musim kenduri sempena cuti sekolah yang akan datang.
Perancangan untuk masa seka
rang adalah mengadakan kelas mempelajari kraftangan. Bagi yang berminat dan ingin mengikuti kelas ini, akan di kenakan bayaran. Ianya bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti setempat dan berkongsi ilmu.